Akaun pusatpengajiantamanislam.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Dana Sebanyak RM1.5 Juta Diperlukan Untuk Membina Blok Bangunan Asrama Baru dan Blok Bangunan Sekolah Rendah Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman (PPTIK)


Sungguh meruntun jiwa mendengar luahan rasa oleh Solehah, mewakili suara para pelajar   di sini.

.

Adakah Anda Sudah Bersedekah Hari Ini?

Kebakaran yang menimpa warga Pusat Pengajian Taman Islam Januari lepas telah memusnahkan 7 buah rumah secara keseluruhannya. Hanya beberapa barang sahaja yang sempat diselamatkan.



Kini, tapak kebakaran tersebut telah selesai diratakan dan menunggu untuk dimulakan pembinaan asrama dan bangunan sekolah rendah yang baru.




“Di zaman moden ini,  sedekah semua dah boleh online , nak bermuamalah pun secara digital sahaja sekarang ini. Duduk luar negara pun tapi bila ada keperluan berinfak dengan kampung halaman, secara maya je pun dah selesai urusan kita. Sempadan cuma lautan, hati dan niat baik tiada sempadan.” - Fedtri Yahya (Pengacara dan Personaliti TV Malaysia)

.

Manfaatkan peluang yang ada ini untuk melakukan amal soleh sebelum kematian mendatangi kita.




Telah diriwayatkan dari Jabir bin ‘Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati, dan segeralah mengerjakan amal-amal yang soleh sebelum kamu sibuk (dengan perkara lain), dan hubungilah apa yang ada di antara kamu dengan tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya, dan  banyakkanlah bersedekah   secara bersembunyi atau berterang-terangan  nescaya kamu diberi rezeki yang mewah di beri kemenangan   (terhadap musuh) dan di gantikan apa yang kamu dermakan itu dengan  balasan yang berganda .




JOM TEMPAH TIKET KE SYURGA DENGAN BERINFAK!  


PUSAT PENGAJIAN TAMAN ISLAM MEMERLUKAN PERHATIAN DAN SUMBANGAN ANDA SEMUA


BANTU MEREKA HARI INI






TUJUAN DANA

.

Tujuan utama kutipan dana ini adalah untuk menampung dana  pembangunanpengurusan  

dan  kebajikan   anak-anak pelajar Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman (PPTIK).

.

Terkini , dengan keadaan pandemik yang semakin hari semakin membahayakan dan arahan SOP yang perlu diikuti, proses pembinaan blok bangunan asrama dan bangunan sekolah rendah ini perlu disegerakan.

.

JIKA,

Bangunan  baru ini tidak dapat siap dalam tempoh yang ditetapkan, kemungkinan... para pelajar akan terus menggunakan bangunan asrama yang lama dan kurang selamat untuk diduduki.

.

Tergamakkah kita membiarkan keadaan ini berlaku?

.

Di kesempatan ini, pihak PPTIK menyeru orang ramai terutamanya yang sedang membaca penulisan web ini untuk bersama-sama membantu mencapai hasrat pihak sekolah dalam menyediakan infrastruktur yang luas ,

selesa dan selamat dalam tahun ini.




BANTUAN YANG DIPERLUKAN

 

Bantuan  berupa wang tunai  amatlah dialu-alukan oleh pihak kami lagi-lagi dalam keadaan musim pandemik ini. Bantuan lain yang turut diperlukan adalah dalam  bentuk bahan binaan   seperti batu-bata, simen dan pasir serta alat-alat pembinaan yang lain.  

 





SIJIL PENDAFTARAN

PUSAT PENGAJIAN TAMAN ISLAM KEMAMAN (PPTIK) 



Maklumat Tambahan:  

 

1.      Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2.      Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.

3.      Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi Wakil Pengurusan Pusat Pengajian Taman Islam  :  +6017-9427456  (En. Nakhaie)

4.      Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.


SUDIKAH ANDA MEMBANTU KAMI DI SINI?