“Kami tak dapat nak pergi dekat sebab
api terlalu marak … hanya mampu melihat kepulan-kepulan asap dan rumah-rumah di
sini hangus terbakar.”
Warga Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman (PPTIK) memerlukan bantuan segera daripada anda. Sebanyak 7 buah rumah di kawasan PPTIK yang telah rentung dijilat api pada pagi tadi. Bayangkan! Betapa besarnya dugaan yang perlu mereka pikul di awal pagi Selasa 25.1.2022.
Allahu Akbar … sayu benar hati ini melihatkan
kesan-kesan daripada kebakaran yang berlaku. Dari sudut pandangan mata kasar, banyak
kerugian yang perlu ditanggung oleh kami. Justeru, kami mengadakan inisiatif
untuk mengutip sumbangan bagi meringankan beban yang menimpa.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ayuhlah sama-sama kita meringankan beban saudara seislam yang dalam kesusahan. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, maksudnya:
“Sesiapa
yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan
daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan
orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di
akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)
InsyaAllah, buat masa sekarang pihak kami
memerlukan bantuan dana yang mencukupi bagi menampung keperluan asas
mangsa-mangsa yang terlibat sebelum meneruskan kepada sesi baik pulih kediaman-kediaman
yang sudah hangus terbakar. Segala sumbangan dan bantuan dari pihak Tuan Puan
amatlah bermakna buat kami.
Maklumat Tambahan:
- Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
- Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
- Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan.
- Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60179427456 (Wakil Pengurusan Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman).