Sudikah Tuan Puan membantu pendidikan agama?
Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman (PPTIK) yang ditubuhkan pada akhir tahun 1977 adalah sebuah sekolah agama rakyat yang berasaskan kepada kebajikan. Selama lebih kurang 45 tahun pusat pengajian ini berjalan, pusat pengajian ini sentiasa komited untuk melahirkan anak-anak pelajar yang kukuh ilmu agamanya.
Malangnya kebanyakkan fasiliti yang terdapat di pusat pengajian ini adalah fasiliti yang sudah ada sejak awal penubuhannya lagi. Keadaan fasiliti-fasiliti ini semakin daif dan usang untuk kegunaan pelajar.
Antaranya bangunan asrama kediaman pelajar perempuan di sini...
.
Hal ini menyebabkan anak-anak pelajar kami bukan sahaja tidak dapat belajar dengan selesa...bahkan tidak selamat!
.
Atas sebab ini, pihak pengurusan sekolah telah menggerakkan kempen pengumpulan dana bagi membina bangunan baru yang lebih selamat dan selesa buat anak-anak didik kami. Kos yang dianggarkan adalah sekitar RM1.5 Juta.
Sungguh meruntun jiwa mendengar luahan rasa oleh Solehah, mewakili suara para pelajar di sini.
Alhamdulillah, dengan berbekalkan sedikit dana sumbangan yang ada, kami sudah memulakan usaha pembinaan dan baikpulih. Kini, 60% daripada proses pembinaan telah berjaya disiapkan.
Namun, dana sumbangan masih diperlukan....
TUJUAN DANA
Tujuan utama kutipan dana ini adalah untuk menampung dana pembangunan, pengurusan
dan kebajikan anak-anak pelajar Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman (PPTIK). Kami amat-amat berharap agar pembinaan asrama baru ini dapat disiapkan sesegera mungkin.
JIKA,
Bangunan baru ini tidak dapat siap dalam tempoh yang ditetapkan, kemungkinan... para pelajar akan terus menggunakan bangunan asrama yang lama dan kurang selamat untuk diduduki.
Tergamakkah kita membiarkan keadaan ini berlaku?
Di kesempatan ini, pihak PPTIK
menyeru orang ramai untuk
bersama-sama membantu mencapai hasrat pihak sekolah dalam menyediakan
infrastruktur yang
luas
,
selesa
dan
selamat
dalam tahun ini.
BANTUAN YANG
DIPERLUKAN
Bantuan
berupa wang tunai
amatlah dialu-alukan oleh pihak kami . Bantuan lain yang turut diperlukan
adalah dalam
bentuk bahan binaan
seperti batu-bata,
simen dan pasir serta alat-alat pembinaan yang lain.
SIJIL PENDAFTARAN
PUSAT PENGAJIAN TAMAN ISLAM KEMAMAN (PPTIK)
Maklumat Tambahan:
1.
Bagi sumbangan
mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan
terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan
kerjasama pembayaran kami.
2.
Sumbangan termasuk
RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3.
Jika ada sebarang
pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi
Wakil Pengurusan
Pusat Pengajian Taman Islam
:
+6017-9427456
(En.
Nakhaie)
4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.
SUDIKAH ANDA MEMBANTU KAMI DI SINI?
