Dana Sebanyak RM1.5 Juta Diperlukan Untuk Membina
Blok Bangunan Asrama Baru
dan
Blok Bangunan Sekolah Rendah
Pusat Pengajian
Taman Islam Kemaman (PPTIK)
Sungguh meruntun jiwa mendengar luahan rasa oleh Solehah, mewakili suara para
pelajar
di sini.
.
KITA SUDAH BERTEMU DENGAN BULAN RAMADAN...
Amalan bersedekah amatlah digalakkan di dalam Islam.
Menunjukkan betapa yakinnya kita sebagai hamba Allah bahawa
rezeki itu datang daripadaNya
dan sedikitpun kita tidak takut harta kita akan berkurang dengan sedekah.
.
Dalam bulan Ramadan, amalan ini mendapat pahala yang berganda-ganda banding bulan-bulan yang lain. Ayuh didik diri bermula dari sekarang untuk membiasakan sedekah.
.
Rasulullah SAW bersabda:
"Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan
ALLAH tambahkan kebaikan baginya".
(HR. Muslim)
.
Adakah Anda Sudah Bersedekah Hari Ini?
Kebakaran yang menimpa warga Pusat Pengajian Taman Islam Januari lepas telah memusnahkan 7 buah rumah secara keseluruhannya. Hanya beberapa barang sahaja yang sempat diselamatkan.
Kini, tapak kebakaran tersebut telah selesai diratakan dan menunggu untuk dimulakan pembinaan asrama dan bangunan sekolah rendah yang baru.
“Di zaman moden ini,
sedekah semua
dah boleh online
, nak bermuamalah pun secara digital sahaja sekarang ini. Duduk luar
negara pun tapi bila ada keperluan berinfak dengan kampung halaman, secara maya
je pun dah selesai urusan kita. Sempadan cuma lautan, hati dan niat baik
tiada sempadan.” - Fedtri Yahya (Pengacara dan Personaliti TV Malaysia)
.
Manfaatkan peluang yang ada ini untuk melakukan amal soleh sebelum kematian mendatangi kita.
Telah diriwayatkan
dari Jabir bin ‘Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati, dan segeralah mengerjakan amal-amal yang soleh sebelum kamu sibuk (dengan perkara lain), dan hubungilah apa yang ada di antara kamu dengan tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya, dan banyakkanlah bersedekah secara bersembunyi atau berterang-terangan nescaya kamu diberi rezeki yang mewah , di beri kemenangan (terhadap musuh) dan di gantikan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda .
JOM TEMPAH TIKET KE SYURGA DENGAN
BERINFAK!
PUSAT PENGAJIAN TAMAN ISLAM MEMERLUKAN PERHATIAN DAN SUMBANGAN ANDA SEMUA
BANTU MEREKA HARI INI
TUJUAN DANA
.
Tujuan utama kutipan dana ini adalah untuk menampung dana pembangunan, pengurusan
dan kebajikan anak-anak pelajar Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman (PPTIK).
.
Terkini
, dengan keadaan pandemik
yang semakin hari semakin membahayakan dan arahan SOP yang perlu diikuti,
proses pembinaan blok bangunan asrama dan bangunan sekolah rendah ini perlu
disegerakan.
.
JIKA,
Bangunan baru ini tidak dapat siap dalam tempoh yang ditetapkan, kemungkinan... para pelajar akan terus menggunakan bangunan asrama yang lama dan kurang selamat untuk diduduki.
.
Tergamakkah kita membiarkan keadaan ini berlaku?
.
Di kesempatan ini, pihak PPTIK
menyeru orang ramai terutamanya yang sedang membaca penulisan web ini untuk
bersama-sama membantu mencapai hasrat pihak sekolah dalam menyediakan
infrastruktur yang
luas
,
selesa
dan
selamat
dalam tahun ini.
BANTUAN YANG
DIPERLUKAN
Bantuan
berupa wang tunai
amatlah dialu-alukan oleh pihak kami
lagi-lagi dalam keadaan musim pandemik ini. Bantuan lain yang turut diperlukan
adalah dalam
bentuk bahan binaan
seperti batu-bata,
simen dan pasir serta alat-alat pembinaan yang lain.
SIJIL PENDAFTARAN
Maklumat Tambahan:
1.
Bagi sumbangan
mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan
terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan
kerjasama pembayaran kami.
2.
Sumbangan termasuk
RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3.
Jika ada sebarang
pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi
Wakil Pengurusan
Pusat Pengajian Taman Islam
:
+6017-9427456
(En.
Nakhaie)
4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.
SUDIKAH ANDA MEMBANTU KAMI DI SINI?
